Rabu, 7 Ogos 2013

Mencuci, mengemas, memasak...

Assalamualaikum

Lagi dekat menghampiri bulan Syawal, makin sibukla kita dengan kerja-kerja rumah. Yang ada maid oklah, sedikit sebanyak ringanla beban nak mengemas dan buat kuih muih. Tapi kalau yang tak ada maid, semuanya perlu kena buat sendiri. Pandai-pandaila bahagikan masa nak cuci baju raya, iron baju, simpan baju dalam beg untuk balik kampung, bahagikan kuih muih di dalam tupperware untuk mak dan mil, buatkan kek juga untuk mak dan mil. Itu baru bab baju raya dan kuih muih. Bab dalam dan luar rumah?

Tetap kena bersihkan, susun semula, tambah deco-deco bagi menarik supaya tak jemu mata-mata warga dalam rumah nie dan tetamu yang berkunjung memandang. Alhamdulillah la en husband rajin membantu. Tak ada maid pun tak apa la kan...hehe


 Kipas dinding yang setahun lebih tak 'ter'cuci. Giler banyak habuk. Patutla bila on kan kipas, tak rasa sangat anginnya.

 Bila dah siap cuci barula nampak rupa kipas.
"ooooo.......kipas rupanya. Ingatkan sawang tadi....haha"

 Nie pak cik cleaner. Jarang ada cleaner lelaki kan! Ini caj sejam mahal nie....huhu


 Atas almari baju 3 princess nie pun tak sempat nak kemas. Pintu pun dah terkopak-kopak si Amani buat main panjat-panjat. Mmmmm....Bila Min dan Amani tak ada terasa sunyinya. Tapi waktu inilah masa terluang untuk mengemas dapat digunakan sebaiknya. Kalau mereka ada bertambah letihla saya dan en husband. Kita mengemas bilik depan, depa mengemas bilik belakang. Kita mengemas di ruang tamu, depa mengemas di bilik tengah. Aduhhhhh!!!!
Bagusla depa ikut Jang balik kampung awal. Huhu

 Sebelum mengemas, masak siap-siap kek coklat moist

 Sementara menunggu kek coklat masak, sempatla mengemas area meja makan nie. Sebelum nie tak ada alas kain dan plastik. Sekarang dah ada alas baru. Plastik wajib letak sekali supaya tak risaula kalau-kalau air atau makanan tumpah atas kain tu nanti.

 Rak kasut yang juga ada alas baru. Susun semula barang-barang atas rak kasut tuh supaya nampak teratur dan kemas. Dah banyak barang-barang seperti surat, bil, kunci, resit dan etc yang dah saya buangkan.

Bantal tecik-tecik tu pun dah ada sarung baru. Dah bertahun sarung tak berganti. Tahun nie ada rezeki lebih, bolehlah tukar baru. :) Langsir jer tak pernah berganti. Tak apala tahun-tahun depan kalau rezeki lebih banyak lagi baru boleh buat baru. itupun kena pergi belajar jahit langsir sendiri. Kalau nak tempah agaknya tunggu 5-6 tahun baru akan berganti. Huhu. Kalau tak ada ribu-ribu modalnya, jangan harapla dapat langsir baru. Mahal betul 'baju' untuk sliding door dan tingkap kan! Baju kita pun tak adanya mahal macam tuh! :b Raya berapa hari jer kan. Jadi bersederhana je la dengan apa yang ada. :)

"Selamat hari rayaaa..
Aidilfitri yang muliaaaa.."

"Perjalanan jauh tak ku rasa....kerna hati ku melonjak sama...
ingin berjumpa sanak saudara....
hoooo hoo baaaalik kampuuuuung..
hoho balik kampuuuuuuung...hati giraaaaang"

Jom nyanyi lagu raya! :

Tido lagi baik, dah jam berapa nie?
2am?
OMG!

nak sahur, nak tidoooooo.....bye

Tiada ulasan:

Entri Popular