Khamis, 15 Ogos 2013

Amani belajar solat

Assalamualaikum

Alhamdulillah....malam semalam Amani terbuka hati dengan sendirinya solat berimamkan abah dari rakaat pertama hingga bacaan doa. Tak de nak main-main. Apa yang abah buat, itulah yang dia ikut. Apa yang abah baca, dia pun sama bacakan. Abah baca Al-Fatihah. Dia ikut baca tapi yang hujung-hujung bacaan jer. Dengar bacaan 'Aaaaamiiiiin' yang paling kuat...
:)

Selalu bila ada Min, dia buat main-main. Solat sekejap lepas tue main gelak-gelak dengan Min. tapi semalam dia khusyuk betul. Saya ambil gambar pun dia buat tak tahu jer. Mmmmmm betul khusyuk.....

 Amani nie jenis yang pantang ditegur. Kalau kita tegur, memang dia akan buat tak tahu jer @ buat lebih teruk. Jadi letak kaki tak betul pun saya biarkan jer dulu. Takut kalau ditegur, dia akan berhenti terus dari solat. Saje nak tengok akal dia macammana semalam. Mmmmmm ada peningkatan sebab dia solat dari mula hingga habis tanpa toleh sana sini.

 Dah senget-senget badan bila sujud. 

 Lentok haaaabiiiiissssss......cer tengok jari tue. Sambil solat sambil jeling abah buat apa.....mmmmm bolehlah...

Tetiba duduk bersimpuh. Silap tengok kedudukan abah ler tue. Tak sedar abah duduk macam lain, dia duduk macam lain. Khusyuk berdoa. Semoga Amani menjadi anak yang solehah. Amin.....

:)

2 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

waa. amani dah pandai. suka tngok budak2 blajar smbahyang. inshaAllah. amani akan jdi anak yang solehah.:)

Mimi Yus berkata...

:) Amin...

Entri Popular