Rabu, 21 Ogos 2013

Sawah Padi vs Gunung Jerai

Assalamualaikum

Kalau lahir atau tinggal di Kedah, wajib ler kita kenal sawah padi. Sesape yang tak kenal tu memang sayangla sebab tak cuba mengenali sawah padi yang terbentang luas. Dah nama pun Kedah Jelapang Padi. 

Gunung Jerai adalah gunung tertinggi di negeri Kedah. Terletak bersempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Gunung Jerai terkenal dahulu kala sebagai panduan pelayar @ saudagar luar untuk berhenti berdagang di negeri ini. Glamer juga dengan mitos Sang Kelembai. Sang Kelembai telah menyumpah kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa menjadi kapal batu. Batu berbentuk kapal tersebut masih ada di puncak Gunung Jerai (Ini saya tak pasti la sebab saya pun tak pernah naik Gunung Jerai. Dari kecik sampai besar dah kahwin ada anak, mak tak kasi naik Gunung Jerai. Katanya tempat tue 'keras'. Mmmmm tapi dah ramai pun naik, hokey jer. Siap ada resort atas Gunung Jerai nun. Agaknya bila la dapat naik. Boleh ler citer kat korang ada apa atas gunung tuh dan share gambar-gambar menarik atas tu kan..kan...)

Hujung minggu lepas masa nak balik kampung ambil Min, kami berempat singgah tepi jalan. Untuk tujuan ambil gambar tepi sawah padi yang tengah menguning berlatar belakangkan Gunung Jerai. Tak pernah lagi kami bergambar di sawah padi. Tapi yang tak bestnya Aleesya tak sporting masa nie sebab waktu nie dia dah mengantuk. 

Amani jer yang sporting.  Tapi getah rambut dia dah buang, mengerbang jer rambut. :)
Berlatar belakangkan Gunung Jerai. 

Waktu nie baru jam 10 pagi tapi panasnya mak aihhhhhh......
Panas giler...terbakar kulit muka kalau berjemur lama-lama. 

Aleesya nak lari jauh-jauh. Tapi tak dapat. Abah pegang tak bagi lari jauh-jauh takut-takut jatuh dalam ban (tali air). 

Ha nampak gunung erkabus kat belakang tu?
Itu la Gunung Jerai.

Dah letih layan karenah si Aleesya. Mengantuk tapi boleh berlari jauh-jauh. Tak nak kita pegang. Akhirnya kandid jer la karenah princess berdua nie. Tak dapatla bergambar berlatar belakangkan Gunung Jerai dan pemandangan sawah padi yang terbentang luas.  

:(

Tiada ulasan:

Entri Popular