Pada 26.10.2012 (hari raya korban pertama), majlis aqiqah Nur Aleesya Qistina telah selesai diadakan di Kampung Perak (umah mak saya la tue)…majlis ini turut disertai oleh anak-anak sedara saya iaitu Ahmad Naufal Athif dan Nur Farisya Madhiha. Nie anak adik-adik saya….
Majlis Aqiqah utk si comel2 inila...
Majlis nie simple jer sebab perancangan yang dibuat pun last-last minute. Jadik tak sempatla nak deko-deko bagai ..apa2 pun yang penting tujuan majlis aqiqah nie dah tercapai..nak tahu aqiqah tue apa?..
Maksud Aqiqah ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Walaubagaimanapun, majlis nie dibuat ketika Aleesya 4 ½ bulan, Naufal 8 bulan dan Farisya 1 tahun lebih…JOM kita tgk hukumnya….
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
Majlis aqiqah nie dibuat pada hari raya korban sbb nak cukupkan 7 bahagian drp sekor lembu yg yang dikorbankan. Oleh kerana kami adik beradik amik 4 tompok/bahagian (org kedah panggil tompok) maka lagi 3 tompok diambil oleh org lain untuk tujuan korban. JOM kita tambah lagi info tentang aqiqah nie….
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Menu yang disediakan untuk majlis nie simple sangat tapi sgt menyelerakan iaitu daging cicah air asam dan gulai daging campur ubi kentang. Semua menu nie dimasak secara gotong royong oleh org2 kg…TERIMA KASIH ORANG KAMPUNGKU…hehe. Bagus betul org2 kg nie, abis jer sembahyang raya aidiladha terus depa berduyun-duyun datang ke rumah menyinsing lengan baju raya kupas bawang, ubi, siang daging, siapkan segala bahan masakan dan masak. Jgn tak biasa…Tangan sibuk buat kerja, mulutpun sama naik jugak riuh bunyinya dengan melatah, menjerit mintak itu ini dan bla..bla..bla…(ada sesi ngumpatkah?...haha…tak de kot raya2 nie..haha).Tapi yang paling penting sehingga kini aktiviti gotong royong di kampung saya masih diamalkan...mungkin 5-10 tahun akan datang aktiviti gotong royong tinggal kenangan...zaman sekarang pun orang dah ramai guna khidmat katering...dari kenduri kahwin yang besar2 hinggalah majlis kecik2 seperti majlis harijadi atau open house, semuanya dah guna khidmat katering...mudah, cepat dan paling penting dapur di rumah tak berkecah dan tak perlu teruk2 nak kemas selepas majlis selesai....:)
Jam 12.30 tengahari tenaga kerja lelaki pun semakin berkurangan sbb mereka sibuk plak menyiapkan diri utk pergi solat jumaat krn hari raya aidiadha tahun nie jatuh pada hari penghulu segala hari iaitu HARI JUMAAT. Maka tinggallah kaum hawa sahaja sibuk mengacau masakan dalam kawah dan periuk besar…
Tepat jam 2.30 petang berduyunlah org2 masjid dtg utk buat bacaan TAHLIL dan seterusnya majlis makan2…7.00 petang rumahpun semakin lenggang…sedara mara pun dah berunsur balik, tinggallah kami adik-beradik ‘TERPAKSA’ menyinsing lengan plak utk sesi MENCUCI pinggan, periuk belanga dan peralatan yang beso2. (AMIK KAU!!!!! Itula org dh ckp catering kan sonang…xpayah cuci2 periuk belanga nie…huhu…) tapi apa kan daya kami menghormati pendapat ibu tercenta utk buat gotong royong.huhu.....
Apa2 pun JOM layan gambar2 orang2 kampung dan sedara mara yang menjayakan majlis aqiqah nie….(sayangnya gambar menu dan tetamu2 yg hadir tak sempat snap sbb sibuk melayan tetamu yg dtg).
orang kampung sibuk mengupas bawang + bla bla bla..... |
keluarga pak jang ..(Kontrak buat air. Sesiapa nak booking sila call no nie...017-492+++++...hehe) |
nie daging aqiqah termasuklah kepala lembu tue....kesian?...ish! tak boleh kesian nanti tak boleh makan daging lembu tue...huhu |
tukang masak merangkap ketua chef....ngee |
eei.....macam 'ulor' kan.....ini namanya ekor lembu....sodap buat sup ekor. Ini adik lelaki saya..NAZRI |
yang hujung atas kerusi roda tue, tok saya.....:) tok yg sporting.... |
sirap jer?......ntah... |
group nie tengah belah kepala lembu...NAMPAKKKK?....gigi?mata?..yg tudung merah tue 'bos katering' nie merangkap ibu kesayangan saya..... |
ha...NAMPAKKK?...dr luar rumah sampai ke dalam dapur rumah, 'bos katering' ada utk membuat pemantauan...haha...bersama chef2 yg sentiasa ceria walau di mana berada...haahah.. |
Utk tahu lebih lanjut tentang IBADAH KORBAN dan AQIQAH, sila layari laman nie…http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan