Isnin, 17 Jun 2013

HFMD Aleesya hari ke-4

Assalamualaikum

Hari masuk hari keempat Aleesya dijangkiti HFMD dan Amani hari kedua. Ruam-ruam Aleesya dah tak bertambah dan nampak dah kecut. Amani pulak ruam makin bertambah tapi tak banyak macam Aleesya. Hanya ada di kaki dan kedua-dua belah siku.

 Rakan opis en husband dah datang melawat ke rumah untuk siasat kes penyakit berjangkit nie. Selalunya en husband yang kena on call dan siasat kes penyakit berjangkit rumah orang, sekarang turn rakan opis dia plak datang siasat rumah kami. Macam peliks jer..haha


AMANI - hari kedua

 Ada sikit ruam di tangan Amani

 ruam makin banyak di siku

 ruam di siku kiri pun makin bertambah. Amani dari bab makan, tak risau sangat sebab walaupun dia kurang makan nasi tapi susu berbotol-botol. Jadi ok, lah. Cuma dia banyak kali mengadu "Nani sakit mooloooot!"


Aleesya - hari keempat

 ruam Aleesya makin kering dan hitam. Kalau ikut ik yang datang tadi tue, ruam Aleesya paling banyak yang pernah beliau siasat. Selalunya kanak-kanak lain, ruam sikit jer..Mungkin macam Amani, ruam tak banyak sangat...Mmm sian Aleesya...Patutlah banyak karenah dia sepanjang tak sihat nie

 kulit macam dah nak terkopek. Kesian Aleesya...

 Kulit kering

 Cak!...muka sedih....kulit dah tak cantik..huhu

 Penuh satu badan dengan ruam...

 Dekat diapers selalunya ruam akan ada. Jadi kena selalu tukar diapers.


 Dua hari tak makan nasi, badan Aleesya dah kurus...:(

 tepi kaki pun ada...

Suka tengok Aleesya dah ada selera makan walaupun nasi yang masuk ke mulut hanya 3/10. Yang lain habis di lantai. Dah jadi satu kerja mengemop lantai plak. Nak suap tak bagi, jadi nak jugak dia makan, redha jerla..huhu

2 ulasan:

normunirah berkata...

alaaaa... sian anak mommy... semoga cepat sembuh. nk p sana jauh... huhuhu... hug n kiss untuk amani and aleesya...

Unknown berkata...

tima kasih mommy mun...:)
Takpa walaupun jauh di mata tapi dekat di hati.muuuaaaah juga untuk mommy mun dan baby..

Entri Popular