Sabtu, 5 Oktober 2013

Melawat Rumah P.Ramlee

Assalamualaikum


Rasanya dah agak lama tak bawak anak-anak berjalan-jalan makan angin. Walaupun tak jauh, sekurang-kurangnya keluar dari daerah. Destinasi pilihan kali nie, en husband bawak kami sekeluarga ke Pulau Pinang. Jam 9 pagi dah keluar dari rumah dan breakfast di luar. Perancangan tue, biarlah keluar awal supaya nanti kalau nak singgah mana-mana tempat, sempatlah. Tak adalah pergi satu tempat jer kan. 

Destinasi pertama kami ialah RoadWalk, Penang. Saya memang tak pernah datang sini tapi en husband selalulah. Katanya kat sini banyak orang jual barang-barang seperti baju kanak-kanak, jeans, beg, jam, buah-buahan, barang kosmetik dan pelbagai barangan yang selalu dijual di pasar malam atau uptown. Dengar tue macam best jer sebab RoadWalk nie start buka pagi hingga jam 1 tengahari. Jadi dapatlah cuci-cuci mata dan beli apa-apa yang berkenan di hati nanti. Maklumlah kalau nak round pasar malam @ uptown waktu malam memang tak arrr dengan bawak bebudak nie. Bukannya boleh cuci mata tengok barang tapi sakit mata tengok 3 princess nie lari sana sini. Dah la gelap malam-malam kan. Nak belek-belek barang apatah lagi kan! 3 princess nie plak bukan tau jalan-jalan sambil usha barang tapi ikut sedap kaki jer nak jejalan dan lari kemana-mana yang depa suka. 

Habis round RoadWalk, sebenarnya tak banyak barang pun yang best-best. Baju kanak-kanak pun tak banyak. En husband cakap, dulu lagi banyak barang, sekarang macam tak banyak sangat. (Dalam hati "yer ker?"). Macam tak best jer sebab apa yang nak dibeli pun tak tahu sebab tak banyak pilihan. Banyak barang-barang yang dijual macam susah nak jumpa kat tempat lain macam kipas angin, motor kipas angin, alat-alat mesin basuh dan jubin yang dipotong dan dicantum-cantum menjadi design yang cantik. Ada juga toys yang dikitar semula (maksudnya yang dah guna, kemudian dicuci dan dijual semula), topeng hantu, pokok bunga dan haiwan peliharaan seperti arnab, ayam hutan dan mummy monster (huhu ini nampak sangat menipunya kan!) keropok mummy  monster tue adala. Hahaha

Akhirnya saya beli la juga beg untuk simpan kain telekung dan minyak wangi. En husband cakap dekat TESCO harga sebotol minyak wangi tue RM15 jadi dekat sini dapat dengan harga RM10. Jadi saya beli la juga tapi rupanya minyak wangi tue tak tahan lama macam yang en husband beli di TESCO.

Destinasi kedua ialah melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee. P. Ramlee telah dilahirkan pada 22 Mac 1929. Maknanya rumah nie berusia hampir 100 tahun lebih. Pertama kali saya menjejak kaki ke sini. Best sebab dapat tengok rumah kayu dulu-dulu yang masih dipulihara dengan baik. Bila berada di dalam rumah nie, terasa nyaman jer walaupun tiada kipas angin. 


Ruang tamunya kecik jer. Tapi dulu-dulu mungkin rumah nie dah sangat besarkan. Di ruang tamu nie digantung dengan kisah-kisah P.Ramlee dan keluarganya. 

Ini bilik tidur. Satu-satunya bilik yang ada. Bilik nie tak boleh masuk sebenarnya sebab agak kecil tapi Aleesya dah masuk dulu sebelum dapat di tahan. Best jer termenung di jaring-jaring tingkap tue. Angin masuk ke rumah melalui tingkap nie, terasa nyamanya. :)


Nie dapur. Jugak tak boleh masuk sebab agak kecil. Di ruang dapur nie diletakkan meja tempat memasak, batu giling, tempayan kecil, batu kukur, seterika lama dan pearalatan pinggan mangkuk yang digunkan satu ketika dulu oleh keluarga P. Ramlee. 

Masa saya kecik-kecik dulu, saya sempatla merasa tinggal di rumah arwah tok yang ada ruang dapur 'para' tinggi macam nie. Dulu saya suka makan nasi berulam cili hidup yang hijau tue sebagai ulam. Kalau tak ada cili hijau tue, memang saya tak makan nasi la jawabnya. Satu hari mak saya sorokkan cili hijau tue atas para yang paling tinggi. Seingat saya, saya panjat para tue untuk ambil cili hijau tue untuk dibuat ulam. Saya memang suka makan makanan yang pedas dari kecik hinggalah tingkatan 3. Hinggalah hari pertama nak ambil peperiksaan PMR, saya disahkan mengalami appendiks tahap kritikal. Masa jawab kertas exam yang pertama, saya dah start sakit perut, rasa nak termuntah dan sakit sangat-sangat. Habis satu paper, terus cikgu hantar ke hospital. Malam tue jugak saya di operate. Appendiks saya hampir nak pecah. Doktor cakap, dalam karung appendiks yang dibuang tue, banyak biji cili. Nasib baik cepat ke hospital. Paper seterusnya, saya jawab di atas katil hospital. Lepas pada kejadian tue, saya dah kurang makan ulam cili hijau tue. Tapi kalau nak diikutkan lepas dah buang appendiks tue, patutnya dah tak kisah nak makan berapa kilo pun cili sebab dah tak ada ruang biji cili tu nak berkumpul dalam badan kan. Huhu

Kad pengenalan dan Sijil lahir P.Ramlee

Di verandah

Suis dolu-dolu....Suis sekarang warna putihkan! tak jumpa dah macam nie

Di anak tangga dapur. Ada guri untuk basuh kaki...Tau tak apa 'guri' tue? Tak tahu!
Guri tue ialah tempayan untuk letak air. 

Tetiba bawah rumah ada sampan. Ntah! tak tahu plak apa kegunaannya. Tapi basikal tua tue memang sinonim la dengan kisah P.Ramlee kan!


Itu 'rumah kecik'. Dulu-dulu tandas semuanya dekat luar rumah. Kalau malam-malam nak terkucil atau sakit perut, naya la kan! hahaha

Rumah kayu beratap nipah yang telah dibaiki oleh Arkib Negara Malaysia. Masuk percuma. Jadi siapa-siapa yang tak pernah pergi tue, pergilah melawat rumah peninggalan pelakon, pengarah dan seniman yang tak lapok di telan zaman. Hingga sekarang semua drama dan lagu Allahyarham masih diminati oleh semua lapisan masyarakat. 

Soalan Yasmin bila masuk ke rumah P.Ramlee  nie;
"P. Ramlee tue sapa?"
En. Husband "pelakon yang Min tengok kat tv tue"
Diam.....Dah tak ada soalan. Mungkin tak ingat! tak kenal! @ada aku kesah rumah siapa nie.
 Janji aku dapat jalan-jalan. :b

Nantilah bila ada cerita P.Ramlee dalam tv, saya akan tunjukkan pada Yasmin, Amani dan Aleesya;
"Inilah P.Ramlee. Yang kita p rumah dia dulu tue"
:)

2 ulasan:

Seri Selaseh berkata...

menarik ni. Bleh pegi. Ada la gak satu lagi target kalo pegi jln2 ke Penang.

Mimi Yus berkata...

Salam Seri Selaseh...
:) Selain dapat jalan2, dapat jugak pengalaman merasa duduk dalam rumah kampung dolu2..

Entri Popular