Sabtu, 19 Oktober 2013

Layan 3 princess main

Assalamualaikum

Cerita nie dah hampir basi tapi nak cerita jugak. Kisah nie terjadi semasa kami ke Pulau Pinang 2 minggu lepas. Masih ingat tak kami sekeluarga melawat Rumah P.Ramlee? Ha! lepas melawat rumah P.Ramlee, perut lapar jadi kami singgah makan di TESCO Tanjung Pinang. TESCO nie dekat area bangunan QUAY, Pulau Pinang. Sejak TESCO nie dibuka, inilah 1st time kami masuk TESCO nie. Mmmm ruang kedai-kedai dalam TESCO nie tak adalah semeriah kedai-kedai dalam TESCO macam di SG Petani @ Alor Setar. Bagi saya TESCO Tg. Pinang nie tak best sebab kedai @ kiosk yang ada tidak menawarkan barangan yang pelbagai dan menarik. Bilik untuk salin pampers baby pun tak ada. Selalunya TESCO wajib sediakan kemudahan bilik untuk salin pampers nie. Jadi kalau nak singgah shopping compleks yang mesra baby, tak perlu dah nak pikir dan cari lagi. Terus terlintas TESCO tapi kalau TESCO Tg. Pinang nie memang tak ada. Tapi tak tahulah kalau saya yang cari tak jumpakan. Mmmmm rasanya dah pusing satu TECSO cari bilik untuk baby nie untuk salin  pampers Aleesya tapi tak jumpa pun. 

Pandai betul pihak pengurusan TESCO nie promotekan tempat mainan kanak-kanak nie. Langkah jer kaki ke pintu masuk TESCO nie, terus mata 3 princess nie tak pandang lain dah. Perut yang lapar pun dah hilang, kaki pun dah lencong masuk  ke tempat mainan nie. Tak menyempat abah nak beli token di kaunter, kaki dah melangkah naik kereta-kereta mainan yang ada. Nak tak nak terpaksalah abah belikan token dan melayan karenah 3 princess nie 'makan' sampai kenyang di sini. Huhu...


Aleesya pun dah boring naik  kereta yang sama. Ada banyak kereta mainan tapi banyak yang rosak. Habis satu lagu, tambah satu lagu lagi. Naik la kereta yang sama sampai Aleesya pun dah bosan...Min ngan Amani banyak kali ulang lagu yang sama pun tak apa asalkan dapat naik kereta mainan nie sampai naik cemuiiiihhhh kita menunggunya.

Harapkan kereta BEE nie jer yang tak rosak. Bolehlahhh daripada tak ada...:)

Naik turun naik turun kereta lain semuanya rosak. Jadi naik la lagi kereta nie...

Ingatkan bila keluar dari tempat mainan tadi, dapatlah bawak 3 princess nie makan. Bila nak cari meja untuk makan di foodcourt, masalah lain plak timbul. Sebelah meja-meja makan yang banyak tue, ada juga kereta-kereta mainan nie. Mmmm strategik betul pelan pemasaran diorang nie tau! Budak-budak nie apalagi terus panjat mainan nie plak. Tak ada lagu, tak bergerak pun tak apa asalkan dapat naik kuda terbang, motor dan lori nie. Mmmmm...layan jer la...:)

Tiada ulasan:

Entri Popular