Rasa-rasanya
zaman ini ada lagi tak orang yang sentiasa rendah hati, sentiasa betolenrasi
dan selalu memaafkan orang lain dengan ikhlas tanpa ada sedikit pun keraguan
dalam hatinya bahawa kesalahan itu akan diulangi di lain masa.
Setahu
saya orang yang bersedekah tidak akan berkurang harta bendanya melainkan Allah
akan menambah keberkatan terhadap hartanya. Begitu juga dengan memberi kemaafan.
Allah tidak akan merendahkan martabat seseorang
yang memaafkan melainkan kemuliaan. J
Tetiba
entri petang nie sedikit emo….sedih…mmm saya sangat sedih…sedih bila dapat memo
nie…. L
Pagi
nie saya ada seminar. Jabatan saya menjadi urusetia bagi majlis seminar
tersebut. Pagi nie saya agak lewat bertolak ke pejabat daripada biasa. Jadi agak
kelam kabut dan tak sempat berfikir apa-apa selain tiba di tempat seminar jam 8
pagi. Sebelum sampai di tempat seminar saya belok masuk ke kawasan opis. Teringat
nak ambil sesuatu di opis then baru nak ke tempat seminar di bangunan lain
berdekatan opis juga. Bila tiba di opis, parking full, nak ‘block’ kereta lain
pun full. Jadi saya parking di tempat seseorang nie yang kebetulannya memang
kosong. Lagipun saya fikir kejap ja nak park dan nak naik opis ambil barang
then terus ke tempat seminar dengan kereta.
Bila
dah ambil barang yang diperlukan, saya jumpa kekawan yang lain. Juga nak bawak
barang ke tempat seminar. Jadi saya tolongla bawak barang-barang tue. Masa nie
dah tak ingat langsung pasal kereta sebab selalu parking kat tempat yang betul.
huhu.. Dah gendong barang-barang tue (takde la berat manapun cuma besar je la),
saya pun jalanla sama-sama ke tempat seminar yang letaknya lebih kurang 200m
daripada bangunan opis. Masa ni hanya teringat urusetia di tempat seminar,
tentu dah ramai peserta yang datang dan nak daftar. Dalam hati “aku kena cepat
nie, mana tahu bantuanku diperlukan”. Sesampai
di ruang pendaftaran, memang betul bantuanku diperlukan. Seorang urusetia
pendaftaran ada urusan lain, jadi saya pun ganti tempatnya. Untuk pengetahuan
korang saya ditugaskan untuk jadi pelapor. Lebih kurang macam pencatat minit
semasa panel memberi ceramah. Jadi sebelum ceramah berlangsung, bolehlah saya
hulurkan bantuan kepada yang memerlukan…(ikhlas nie J )
Itula
patutnya hari nie saya happy sebab Seminar Pemahaman Program Bandar Selamat
anjuran jabatan saya telah berjaya diadakan dengan baik dan lancar. Walaupun persiapan
sehari sebelum majlis diadakan agak kelam kabut dengan persiapan tempat,
rehearsal dan penyediaan beg cenderati yang masih di kedai, kertas kerja yang baru di terima
daripada agensi berkaitan dan perlu dibuat salinan. Menyusun, mengagihkan dan
memasukkan semua bahan-bahan seminar di dalam beg sebanyak 250 unit. Nampak mudah
tetapi perlukan guna tenaga yang mencukupi dalam masa yang terhad. Namun semangat kerjasama dan ke’kawan’an yang
tinggi, maka semuanya dilakukan sehingga selesai dan sempurna. Ramai peserta
yang mengucapkan syabas dan ada yang angkat tangan macam nie
sebelum balik.
Mungkin
jamuan makannya yang best sampai tiga kali (jamuan awal pagi, jamuan lepas
perasmian dan makna tengahari). Lauk pun banyak. Panel yang dijemput pun
best-best. Siap ada demo orang ragut, bergaduh, kena belasah dan sebaginya…yang
penting peserta enjoy dan faham apa yang nak disampaikan dalam seminar nie…”BANDAR
SELAMAT”. Banyak penerapan elemen-elemen mencegah jenayah dari segi fizikal
yang cuba diterapkan oleh agensi kerajaan, swasta, NGO dan sukarelawan. Tapi
hakikatnya masih banyak kejadian jenayah yang masih terjadi…Timbul persoalan adakah
susunatur, rekabentuk dan infrastruktur fizikal yang disediakan di sesuatu
tempat menjadi punca berlakunya jenayah atau pembangunan insan yang lemah punca
utamanya? Renung dan fikirlah…tepuk dada tanya selera (mmm…tetiba lapar….berseleranya…nyum
nyum).
Berbalik
cerita tadi, korang rasa patut tak saya mendapat memo ini? Memang salah saya
dan saya pun dah minta maaf pada tuan punya tempat. Tuan punya tempat pun dah
bertolenrasi. Tapi saya masih hairan. Memo itu ada atas cermin depan kereta kecil saya. Maknanya untuk saya tapi dari
siapa?..bukan tuan punya yang ‘adiahkan’ untuk saya. Patutkah memo tu diletakkan di situ? KITA? Maknanya penulis memotue kenal siapa saya. Kenapa tak call atau bagi tahu saya supaya ubah kereta atau cakap saja. Mungkin niat pemberi memo
itu baik dan sekadar mengingatkan saya supaya lain kali jangan buat lagi…tapi
saya rasa baru SEKALI INI saya ‘ter’park kereta disitu. Terima kasihla buat
pengirim memo sebab sedarkan saya. Siapalah saya di dunia ini dan juga di
bangunan itu. Sedih ~**~
Nota:
Bersabda
Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku:
"Bertawadhu�lah hingga seseorang tidak
menyombongkan diri terhadap lainnya dan seseorang tidak menganiaya terhadap
lainnya.(HR. Muslim).
Rasulullah
SAW bersabda,
“Sombong
adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan