Selasa, 11 Disember 2012

~ Kamera Nikon vs Canon vs Panasonic

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog. Baru hari nie ada masa ‘mood rajin’ nak update. Sebenarnya saya tengah pening-pening lalat nak pilih kamera. Sekarang saya guna kamera Nikon Coolpix tapi rasa cam nak upgrade ke kamera semi pro. Jeles tengok blog-blog lain yang upload gambar cantik-cantik.  Jadi saya sibuk study, google, blogwalking dan survey-survey di kedai berdekatan tentang kamera semi professional  yang menghasilkan gambar terbaik dan tercantik tanpa perlu di edit. Saya kan nak kerja mudah, tak nak bersusah payah walau sedikitpun tapi idamkan hasil yang teeerbaik (alasan!..saya sebenarnya bab edit mengedit gambar nie memang kureng pandai…huhu).

Ada tiga pilihan kamera yang saya cuba bandingkan :
 
Model kamera / klasifikasi
Canon Powershot G12
Panasonic Lumix DMC-LX7
Canon J1

Harga
RM 1355.00
RM 1350.00
RM 1200.00 (termasuk 10-30mm lens kit)
Pilihan Warna 
Hitam
Hitam + putih
Hitam + putih + merah + silver (pink utk special edition je ok)
Berat
351g
269g
294 g
Megapixel
10mp
10.1mp
10.1mp
Optical zoom
5x
3.8x
3.7x
ISO
Auto @ 100-3200


Aparture
F1.4 - 8.0 (W) F2.3 - 8.0 (T)
F1.4 - 8.0 (W) F2.3 - 8.0 (T)
f/3.5 (W)- f/5.6 (T)
Shutter speed
1 – 1/4000sec
1 – 1/4000sec
30 - 1/16000 sec
Kelebihan lain
Boleh ambil gambar dlm air tp kena beli casing khas
 *tak pasti
  *tak pasti


lens nie boleh zoom sebanyak 5 kali dan ada IS (Image stabilisation). Fungsi IS ni adalah untuk minimakan gegaran. Mudah cerita ia Anti Gegar.

ISO bagi kamera nie boleh setting di tombol besar tue..nampak?..yang ada tulis AUTO. 100. 200. 400. 800. 1600. 3200.  ISO ni fungsinya adalah untuk hasilkan gambar yang cantik.
Lumix 7. Cantik warna putih nie..lebih nipis daripada G12.



Aperture kamera nie ada pada lensa. korang nampak tak yang ada nombor 1.4, 2, 2.8, 4 dan seterusnya (kalo korang nak tengok nombor seterusnya, korang kena pusing lensa tue....cara nak pusing lensa tue ialah korang letak jari korang kat lensa gambar ni then korang tarik ke sebelah kiri korang..ala-ala touch sreen gitu...ha..boleh?...nampaknya korang dah kena tipuiiii....toink toink toink....haha
Nikon J1 lagi best dari segi pilihan warna. Banyak pilihan..
Aperture dan shutter speed bagi J1 kena setting dalam screen nie berbanding Aperture LX7 boleh pusing kat lensa. Cer korang touch screen ni plak...eheh!

ISO pun setting dalam screen tue berbanding G12 kena pusing tombol kat atas kamera tue.
Setelah puas membuat perbezaan, kajian demi kajian maka saya telah membuat keputusan bahwa saya sangat tertarik untuk memiliki kamera nie.......
-
-
-
-
-

Canon Powershot G12
-
-
-
-
-
korang rasa betul tak pilihan saya nie?
Mmm.... tak sabarnya nak pegang Canon Powershot G12 milikku.

Nota :

i)     Perbezaan Optical zoom & Digital zoom

Optical zoom - zoom yang pakai lens. Kualiti imej tak terjejas.

Digital zoom - zoom yang pakai software (ala-ala zoom in dalam image viewer macam Slowview / ACDSee). Ini boleh degradekan kualiti imej.

Biasanya kamera digital akan ada dua-dua jenis zooming ni. Untuk dpatkan kualiti imej yang lebih, carila yang ada optical zoom lebih sikit.

ii)     ISO

Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar. Contoh penggunaan ISO dengan betul:
·        ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
·        ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
·        ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
·        ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
·        ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya


iii) Aperture (fungsinya macam mata kita)

Aperture adalah bukaan iris pada lensa kamera. Jika bukaan kecil, maka kuranglah cahaya yang masuk dan jika bukaan besar, banyaklah cahaya yang masuk. Bukaan aperture yang kecil mempunyai nilai f-stop yang besar (contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai nilai aperture yang kecil (contoh f/1.4). Jadi korang kena pandai-pandaila adjust aperture mengikut keadaan ketika mengambil gambar.

iv) Shutter speed

Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat dan 20 saat. Jika menggunakan shutter speed laju, maka gambar yang dihasilkan adalah lebih ‘sharp’.

Nak tahu lebih lanjut terjah laman web www.luqaz.com

Tiada ulasan:

Entri Popular