Assalamualaikum
Kita sambung lagi perjalanan hari kedua di Satun.
Pagi-pagi lagi hujan dah turun. Nak cari breakfast agak sukar sebab bila nak berhenti dan turun kereta still lagi hujan. Gerai tepi jalan memang banyak jual breakfast tapi nak berhenti susah. Akhirnya 2 kali pusing terpaksa juga berhenti di gerai nie. Rasa cam hujan tak kempis masuk kedai. Tapi bila turun, memang air hujan kempis masuk kedai dan tempat duduk pun basah. Nak tak nak kami tapaukan apa yang ada. Dekat gerai nie ada sorang makcik pandai berbahasa melayu. Ramah juga orangnya. Mana-mana kami pergi mesti ada yang bertanya Yasmin dan Amani kembar ke? :)
Kat sini dari kuih muih hingga nasi goreng semua di bungkus siap-siap. Menu pulut paling banyak. Pulut inti kelapa, inti serunding ayam, ikan bilis, ikan masin dll. Pilih jer apa yang nak. Roti canai depa panggil roti kuah.
Breakfast jer dalam kereta dan teruskan perjalanan ke Pasar Pekan Satun.
Dalam kereta, tak de keje lain bebudak nie nak buat. Nak tengok pemandangan dan tempat orang bukanlah minat dan kesukaan mereka. Asyik menatap video upin ipin dalam handset. Aleesya pun sama naik.
Di Pasar Satun, ni pelbagai barang basah, barang keperluan memasak hinggalah pakaian semuany ada dijual disini. Cuma kena berhati-hati sebab kat sini ada dijual Bab#***. Ikan hiasan pun ada dijual.
Beras pelbagai jenis dan grade ada. Cuma lihatlah dari segi kebersihan tue kureeeeeng sikit. Guni beras dibuka kemudian bagi plak burung-burung nie bertenggek dan makan beras tu. Then jual plak kat customer. Nak kata tauke kedai nie pemurah, mmmmm sesuai kew?
Kalau kat Malaysia, memang orang tak beli dah beras dalam guni nie.
Tapi ada jugak yang jenis kemas dan tersusun. Lihat bahan-bahan basah yang dijual. Tersusun cantik jer...Nak pilih pun senang!
Belakang pasar ni adalah sungai. Kat pasar ni saya beli seluar macam kain batik tue. RM15/sepasang.
Selesai pusing sekitar pasar, kami bertolak ke Big-C, Satun. Besar jugak shopping complex nie macam Aneka Gurun. Tesco Lotus pun ada tapi tak besar mana. Macam pasaraya jer.
Ini dalam Big-C. Ada makcik tegur Min dan Amani dalam bahasa siam. Rasanya dia tanya Min ngan Mani kembar ke? Jawab dalam bahasa melayu dia tak faham, cakap bahasa inggeris lagi la tak faham. Akhirnya en husband cakap 'we from Malaysia' dan makcik tue blah terus dari situe...hahahaha...dia faham ke tak, i don't know. huhu
Harga barang-barang dalam tue lebih kurang harga di Malaysia jer.
Tengahari kami lunch di sebuah kedai makan yang terletak di Pekan Satun. Tak ingat dah nama kedai nie. Yang menjadi tarikan kami ke sini sebab nampak ramai orang beratur panjang menunggu giliran mengambil lauk. Lauk pun banyak jugak pilihan. Macam biasa air kosong dan air batu memang depa bagi siap-siap. Sedap jugak makan di kedai nie. :)
Perut dah kenyang kami pun bertolak balik ke Alor Setar. Dalam perjalanan, banyak sekolah-sekolah agama di tepi jalan. Cuma dapat snap sekolah agama nie. Ada tulisan siam dan jawi. Sekolah agama nie rasanya yang terbesar dan cantik.
3 princess nie dah kenyang, tengok video....Baring-baring akhirnya terlelap sampai ke Wang Kelian.
Singgah sekejap di Wang Kelian. tinjau apa yang menarik. lagipun nak habiskan duit Thailand. Akhirnya en husband tukar balik 100 bath dengan duit Malaysia sebab dah tak tahu nak shopping apa.
Saya beli seluar kain batik dan seluar kain pelikat untuk en husband. 3 princess tue pun dapat seluar sorang sepasang. Sebelum balik ke Malaysia, kena serahkan surat kebenaran memandu kepada Kastam Thailand. Jangan lupa tuh. Nanti depa ingat kita tak keluar-keluar dari Thailand. Tak pasal-pasal kena bayar denda kalau nak pergi lagi nanti.
Ha! Amani dah buat perangai. Baru bangun tidur. Ada jer yang tak kena. Kalau tanya tak jawab...pujuk pun tak makan pujuk. Biarkan lama-lama senyap la dia...Sedap petang-petang, tangah panas terik dapat makan ais kacang dan cendol. Hilang dahaga.
Tambah plak mee udang nie. Sepinggan RM6. Udang 4 ekor kaw-kaw besarnya. Memang sedap. Nanti boleh pergi lagi. Gerai nie terletak di hujung sekali sepanjang jalan pesisir pantai dari Perlis.
Muka Aleesya pun dah muka letih. Trip kali tak berapa menarik sebab hujan 24 jam. Banyak masa habis dalam kereta dan bilik resort. Tak sempat nak menghayati pantai di sana. Mungkin lain kali kena buat perancangan yang lebih terperinci. Kena tengok bulan juga nak buat trip ke mana-mana. Hujung-hujung tahun nie, memang selalu hujan.
Ok, setakat itu perjalanan 2 hari 1 malam kali nie.
Kata en husband "Yang penting walaupun hujan kita dapat lihat tempat orang"
:)
4 ulasan:
seronok jugak aek jalan2 thailand...menarik jer nampak....jemput follow blog saya
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
Okla kenal tmpt org mcmmana.:)
Salam...sy ingin sgt gi satun..tpi tak dpt lagi
Sy nk tanya..kalau dri changloon tak de teksi utk ke santun...mcm mna tu nk gi..bokih kasi info lain..tq
Salam...sy ingin sgt ke satun..tpi tak dpt info yg tepat.
Sy mahu tanya..kalau dri changloon...tidak ada teksi ke satun...mcm mna nk gi satun...bolih kasi cara lain ke satun..tq
Catat Ulasan