Ahad, 3 Februari 2013

Set PERSONA Safi Rania Gold

Assalamualaikum


Saya dah bertukar ke produk Safia Rania Gold...

Sebelum nie banyak produk yang saya dah cuba, ada yang bertahan agak lama hingga bertahun-tahun ada juga hanya berbulan-bulan. Ikut mood dan kesan produk terhadap kulit saya dari masa ke semasa. Produk yang saya pakai sebelum nie ialah Nutox Oxyfusion. Produk nie sesuai dengan saya cuma budget satu set produk nie agak mahal mencecah RM200. Jadi saya survey produk lain dan saya rasa Safi Rania Gold mampu saya miliki (anak dah tiga, bila tolak bayaran ‘wajib’ setiap bulan baki untuk ber’sosial’ nie perlu dikurangkan..huhu). 



Saya dah cuba produk nie selama sebulan dan hasilnya sangat memuaskan. Saya beli satu set Safia Rania Gold set PERSONA dengan harga RM 31.00. Dalam set nie ada:
i)                   Penyegar 80ml
ii)                 Krim Pelembap Siang SPF20PA++ 40g

Dan PERCUMA:

Krim Kecantikan 16g

Saya tambah 2 produk lain iaitu :
i)                    Pembersih Wajah Lembapan Mendalam 150ml
ii)                  Skrub Wajah 75ml

CARA PENGGUNAAN

i)                    Cuci muka dengan Pembersih Wajah (Skrub = saya hanya guna 2 kali seminggu)
ii)                  Titiskan penyegar di telapak tangan dan tepuk-tepuk kan di muka. Selepas letak penyegar nie, muka akan rasa segar. Kalau pagi-pagi rasa mengantuk tue, letak je penyegar nie, rasa mengantuk tue akan kurang. (tak percaya cubalah)
iii)                 Sapu krim pelembab
iv)               Akhir sekali ratakan krim kecantikan di muka. Krim kecantikan nie berfungsi sebagai foundation @ bedak asas.

Sebelum menggunakan Safi Rania Gold. Ini selepas mekap
Biasanya lepas saya pakai krim kecantikan nie, saya terus pakai mekap. Tak ada bedak-bedak lain yang saya tempek kat muka sebab saya rasa krim nie pun dah cukup bagus sebagai bedak. Malah wajah kita nampak basah dan berseri-seri. Saya mekap tak adalah tebal sekadar letak eyeliner, pemerah pipi dan lipstik.

Selepas menggunakan Safi Rania Gold. Ini selepas mekap jugak
Saya memang berpuas hati dengan produk baru nie sebab jerawat tak ada, kulit muka saya rasa lebih cerah dan glowing. Paling saya suka ialah saya tak perlu masa yang lama untuk mekap tebal-tebal supaya nampak jelita...ha ha hah jelita kew?

1 ulasan:

Unknown berkata...

perasan sesorang jer muka lebih cerah..kui kui

Entri Popular