Jumaat, 2 Ogos 2013

Biskut Cornflakes Madu sedap

Assalamualaikum

Dah lama rasa tak menaip entri. Sebabnya en husband terlewat bayar bil broadband jadi internet pun slow down terus. Line ada tapi bila buka blog, dia punya loading lama giler. Comfirm malas tunggu dan kalau dapat bukak pun bukannya boleh nak upload gambarkan. Kalau try upload jugak tahun depan mungkin baru habis loading. Haha....ish sajer jer celcom nie kan. Kalau kita terlewat bayar bil, line celcom tetap ada dan macam bagi la kita berinternet tapi sebenarnya TAK BAGI...huhu.

Kalau Maxis plak (sebelum nie saya pakai broadband maxis), kalau terlewat bayar alamat memang dia stop terus line internet. So, dua-dua lebih kurang sama cara nak suruh kita bayar bil. Cumanya cara Maxis, direct to the point. Celcom macam berhemah la sikit tapi mmmmm sama jer la..hehe

Korang tahu tak semalam saya buat apa? (ish macam la ada orang kisah saya buat apa ke tak kan...hehe). Semalam lepas solat maghrib, saya dan angkatan tentera saya berjaya siapkan Cornflakes Madu. Mudah jer nak buatnya tapi memakan masa jugakla. Semalam saya buat hampir 2 jam setengah dari pukul 8.30 hingga 11.00 malam. Lambat tue sebab saya guna Pemanggang Ajaib. Space pemanggang ajaib kan kecik jer berbanding oven yang walaupun kecik tapi boleh guna 2 tingkat untuk membakarkan. Tapi yang bestnya, kalau guna oven, kena bakar dalam 10 minit tapi kalau pemanggang ajaib bakar dalam 5 minit jer.

BISKUT CORNFLAKES MADU (200 biji)
(Resepi setelah diolah semula)

Bahan-bahan:
1 kotak cornflakes (500g)
200g butter
8 sb gula pasir
8 sb madu
Chocolate rise

Caranya:
i) Panaskan butter, madu dan gula dengan api yang perlahan.
ii) Masukkan cornflakes dan gaul sehingga sebati.
iii) Masukkan ke dalam paper cup dan taburkan chocolate rise.
iv) Bakar dengan api perlahan selama 5 minit.
v) Sejukkan cornflakes madu sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

 Si Amani rajin nak menolong taburkan hiasan atas cornflakes madu.
 Tapi sekejap jer rajinnya. Yang di tabur 2, 3 biji jer satu cup, yang masuk ke mulut lebih 2,3 biji sekali masuk. Camner? 
Tahun lepas, Yasmin rajin tolong sama tapi semalam dia mood MERAJUK. Merajuk napa pun tak tahu. Rasanya dia mengantuk, tapi bila suruh dia masuk tidur tak nak. Lastly dia yang tidur awal dulu daripada semua orang. Mmmm mengantuk pun buat perangai. Mmmmm...

 Cornflakes madu yang sedang di bakar di dalam pemanggang ajaib. Tengah bakar tue kena tutup tau. Ini sebab nak amik gambar jer untuk korang tengok macammana ler ghopaaaanya cornflakes madu dalam pemanggang ajaib.

 Ini cornflakes madu bercoklat.
Hiasan warna warni tadi dah habis, jadi saya masak coklat ganache dan letakkan sebagai hiasan.
Letak coklat ganache nie sedap tapi agak manisla sikit sebab cornflakes madu memang dah manis.

COKLAT GANACHE

Bahan-bahan:
75g whipping cream
100g coklat masakan
1 sk butter

Caranya:
i) Didihkan whipping cream dengan api sederhana sehingga kelihatan buih-buih kecil
ii) Padamkan api dan masukkan coklat yang dipotong kecil. Kacau hingga coklat larut
iii) Maukkan ke dalam piping bag dan hias di atas cornflakes madu sebelum di bakar.

Api perlahan jer tau! Bakar selama 5 minit

Hasilnya, cornflakes madu yang rangup dan sedap.

Kalau tak nak bakar pun boleh. Bila selesai masukkan cornflakes madu ke dalam cup. Masukkan ke peti sejuk supaya ia keras. Kelebihan cornflakes madu yang dibakar ialah rasanya lebih rangup dan kalau hanya sejukkan di dalam peti sejuk, cornflakes madunya kurang rangup.

Jadi kalau kerajinan tue terlebih sikit bakar jer la supaya ianya lebih sedap dan krup krap krup krap bila di makan. Budak-budak suka sungguh biskut cornflakes madu nih! Tiap-tiap tahun wajib buat. Saper yang nak rasa tue, raya nanti datangla rumah. :)

3 ulasan:

Unknown berkata...

Nice. Sy buat jugak tapi xbakar sebab oven rosak. Boleh la tu kan?

Unknown berkata...

Nice. Sy buat jugak tapi xbakar sebab oven rosak. Boleh la tu kan?

Unknown berkata...

Menjadi x kak klu x bakar..

Entri Popular