Assalamualaikum
Minggu nie saya
agak sibuk dan letih. Sibuk? Tak tahu sibuk buat apa. Tapi yang pasti nak
curi-curi masa untuk buat entri pun tak berkesempatan. Entri ni dah lama juga
tertunggak. Dah beberapa hari saya upload gambar-gambar landskap yang saya
idamkan tapi tak sempat nak taip entri. Malam nie saya curi masa tidur kejap,
taip entri laju-laju. Harap-harap ‘idea’ tak lari jauh sangat kalau tak susah
jugak saya nak merapu dalam entri nie. Huhu.
** nak tambah sikit : Semalam masa tengah khusyuk taip entri nie tetiba 'loooooop' laptop padam. Bateri habis... lepas tue plak charger buat hal. Hari nie terpaksa beli charger baru. Bukan murah harga charger laptop nie, lepas puas tawar dengan tokei kedai akhirnya dapat beli dengan harga RM 100 daripada RM130. Mmmmm...
Sebenarnya saya
ni memang peminat landskap. Kalau boleh saya nak menghijaukan laman teratak
kecil saya tue dengan bunga-bungaan dan tumbuhan herba. Mudahla kalau nak guna
cabai setakat empat lima biji, tak perlulah ke kedai. Setakat nie banyak juga
tanaman herba yang dah tumbuh di kebun mini di sebelah teratak kecil saya nie. Antaranya
termasuklah cabai melaka, cabai hidup, halia, lengkuas, daun kari, serai, limau
kasturi dan ulam raja.
Eh! Teruja pulak
cerita tentang pokok-pokok yang ada kat teratak saya nie. Rasanya perlu sambung
cerita nie dekat entri lain. Hari nie
saya nak kongsi idea-idea penataan landskap yang sesuai dengan laman rumah saya
dan cuaca kita di Malaysia ni yang sentiasa panas dan rutin harian saya dan en
husband yang kadangkala tak sempat nak siram pokok hari-hari.
Jom layan
idea-idea menarik dan mempesonakan nie. Gambar-gambar nie semua hasil carian dari google dan blogger.
Mini landskap di hadapan rumah. Simple dan teratur. Konsep macam ni sesuai sangat dengan tanah sekangkang kera di sebelah kiri teratak kecil saya nie. Cuma kalau saya nak buat macam nie saya kena pastikan pokok teduhan sudah tumbuh besar di hadapan rumah bagi melindungi ruang ni dari pancaran matahari pada waktu petang. Sebenarnya kedudukan rumah saya nie kalau pada waktu pagi, matahari akan terpacar di sebelah dapur dan bila petang matahari akan terpancar pada hadapan rumah. |
Comelkan kolam dan titi kecil tue. Konsep nie memerlukan ruang yang lebih besar. Saya dan en husband minat kolam macam nie tapi memandangkan ruang landskap yang ada di teratak kecil kami nie terlalu kecil, konsep nie hanya jadi impian saja. Huhu |
mamatiamia.blogspot Ruang macam ie sesuai untuk tepi @ belakang rumah. Macam Taman Ala Inggeris gitu! |
Majalah Laman Kolam nie kecik sikit dari kolam dalam gambar yang kat atas tadi. Ok jugak. Mmmmmm (menung lagi) |
mrbtrading.com Ini pun macam ruang dalam gambar kat atas. Simple dan mudah diaplikasi. Akan difikirkan. Cuma kalau nak meriahkan sikit letaklah pokok-pokok berbunga yang kecil-kecil. |
MMMmmmmm....penatlah fikir nak buat landskap dekat tanah yang sekangkang kera dekat teratak kecil saya nie. Idea dah banyak tapi nak pilih dan combinekan konsep-konsep nie dah jadi pening. Mmmmmm asyik menung jer banyakkan. Huhu...Tak pelah korang tak perlu pening-pening macam saya. Kalau korang pun minat tentang landskap yang saya kongsikan dalam entri nie cubalah buat dan kongsikan dengan saya. Kalau ada yang nak bagi idea pun boleh. Sangat dialu-alukan..jangan malu-malu, silakan ye. Sekian.
15 ulasan:
blog cun menarik and kemas.blogwalking...jejak juga kat laman http://dingtelaga.blogspot.com,
terima kasih nordin omor..insya Allah nanti saya blogwalking ye..:)
Suka gambar no. 3. Tapi kena ada kawasan yang luas la.
Salam perkenalan :)
Salam perkenalan mrs kamilah :)
Tq di atas perkongsian ada idea menarik yg boleh di praktikkan nanti
Salam..jika nak buat landskap atau utk dapatkan consultation bolehlah hubungi kami ya.. view blog kami zdesignidea.blogspot.com atau follow ig kami @zuazaki. .harap hasil kerja kami dpt menjamu mata anda..inshaallah.tq assalam
berapa luas yg akak nak?? luas mcm padang mashar bole??
hihihi jgn mrh gurau je
hihihi jgn mrh gurau je
berapa luas yg akak nak?? luas mcm padang mashar bole??
Saya pun tengah cari lanskap utk rumah dan kolam ikan yg comel gambar2 yg anda paparkan menarik dan boleh dijdilan rujukan . Tq n slm perkenalan
Saya pun tengah cari lanskap utk rumah dan kolam ikan yg comel gambar2 yg anda paparkan menarik dan boleh dijdilan rujukan . Tq n slm perkenalan
Berminat tp tak tau nak mulakan
salam perkenalan.Serious cantik2 landscap tu.
rumah sy town house, laman memanjang muat 2 kereta je, sempit la, tp suami buat air terjun kecil, ada kolam sebesar lbih kurang 20cm×20cm, barang2 byk beli kt kdai RM2 je, beli pam sedut air utk buat mini air terjun tu.. kalu rajin diy, kolam bleh buat sendiri
Catat Ulasan